Hiburan

"Rasanya Gaji Untuk Job Berlakon Je Bukan Untuk Promo .." - Sharifah Sakinah

gempak
Zulaikha Yusof
09/07/2019
02:38 MYT
Sponsor Banner
"Rasanya Gaji Untuk Job Berlakon Je Bukan Untuk Promo .." - Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal apabila stesen televisyen meminta pelakon untuk membuat promosi drama atau filem secara percuma di media sosial masing-masing.
Menurut Sakinah, kedua-dua platform iaitu televisyen dan media sosial adalah sumber rezeki mereka.
"Apabila Instafamous keluar TV, mereka akan menerima bayaran. Tetapi apabila seorang pelakon kena buat promo di Instagram, kami terpaksa buat ia secara percuma.
"Walhal kedua-dua platform ini tempat kami cari makan.
"Nampak sangat stesen TV cuba kaut untung dengan membayar pelakon hanya untuk lakonan mereka namun mengharapkan promosi percuma kepada jutaan pengikut tanpa membayar satu sen kepada kami.
"Nak ikutkan kontrak saya dibayar hanya untuk khidmat berlakon sahaja.
"Media sosial saya adalah 'kerja' sampingan yang saya jaga secara teliti selama ini," tulisnya.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meminta pendapat sama ada dia patut mengenakan bayaran untuk tujuan promosi di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Jadi apa pendapat anda? Terutamanya yang buat kerja di TV dan media sosial. Patut tak kami kenakan bayaran untuk tujuan promosi?
"Rasanya gaji untuk job berlakon je bukan untuk promo sekali dalam Instagram.
"Itu dah boleh dikira start charge tak. Nak tanya je. Sebab instafamous masuk tv kena bayar bukan free.
"So saya rasa Instagram saya pun bukan free. Saya rasa la," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis terkejut malah memintanya untuk mengenakan bayaran untuk setiap promosi di ruang Instagram (IG).
When an instafamous get to be on TV they get paid. But when a TV actor have to post their Promo on Instagram we have to post it for free. Both platform is our tempat carik makan, obviously TV station is trying to get freebies by paying actor for their acting services and expecting a free advertisement to million followers without paying a cent. By contract, I charged for my acting services only, while my social media is my other 'job' which I carefully curate and jaga. So what do you guys think? Especially yang work both platforms TV and social media, shouldn't we start charging untuk tujuan promo? Rasanya gaji untuk job berlakon je bukan untuk promo sekali dalam instagram . Itu dah boleh dikira start charge tak. Nak tanya je. Sebab instafamous masuk tv kena bayar bukan free.. so saya rasa instagram saya pun bukan free . Saya rasa la.
A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live