Gabungan dua pengacara kesayangan ramai, Nabil Ahmad dan Neelofa kembali dalam program bual bicara Islamik N To N yang mula bersiaran malam tadi.

Menampilkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai tetamu dalam episod pertama itu, mereka bertiga membincangkan topik yang sangat indah iaitu Rasulullah Di Hati.

"Nabi Muhammad SAW adalah penghulu kepada orang Arab dan bukan Arab, ini adalah sebaik-baik orang yang berjalan dengan kaki, Nabi ini penghulu kepada dua alam, alam akhirat dan dunia,"

Itulah antara petikan kata-kata Ustaz Don yang bukan sahaja menyentuh hati Nabil dan Neelofa, malah penonton di rumah juga.

Selain itu, Ustaz Don juga berkongsi pengetahuannya tentang kehebatan dan keindahan rupa paras Baginda SAW sehingga membuatkan Nabil menitiskan air mata.



Dalam pada itu, Neelofa juga sempat menceritakan perjalanan dia menuntut ilmu sehingga membuatkan pemahaman dan rasa cintanya terhadap Nabi Muhammad SAW lebih kuat berbanding sebelumnya.

Nak tahu lebih lanjut tentang perbincangan yang sarat ilmu ini? Anda boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand, strim sahaja menerusi Astro Go pada untuk pilihan yang lebih fleksibel.

N TO N boleh disaksikan setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Antara tetamu lain yang diundang dalam episod seterusnya adalah Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustaz Zul Ramli, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa dan ramai lagi.

Program lapan episod yang disiarkan sepanjang Ramadan ini juga memberi peluang kepada penonton untuk sama-sama menimba ilmu mendekatkan diri dengan ajaran Islam.

Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan episod malam ini dan seterusnya!