Ratu Elizabeth kini memiliki jenama sos sendiri! Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, Ratu Elizabeth telah melancarkan dua jenis sos di bawah jenama Sandringham Estate iaitu sos tomato dan juga sos perang.

Menerusi laporan berkenaan, sos tomato yang dipasarkan oleh Ratu Elizabeth dikatakan sesuai untuk dinikmati ketika sarapan pagi atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Sos tomato berkenaan diperisakan dengan perisa-perisa unik yang datang daripada buah kurma, jus epal dan juga rempah ratus.

Sementara itu, untuk sos perang pula, rasa dan konsistensinya sama dengan sos stik biasa dan ia diadun dengan cuka serta rempah.

Sos-sos berkenaan yang dikilangkan di Norfolk menggunakan bahan-bahan yang didapati di kawasan yang sama.

Difahamkan, sos-sos berkenaan dijual pada harga £6.99 (RM39.25) untuk 10 auns (283 gram).

Terdahulu, pada 2020, Istana Buckingham pernah melancarkan jenama minuman beralkohol yang mengikut cita rasa Ratu Elizabeth.

Minuman keras tersebut diproses dengan menggunakan bahan-bahan yang didapati di taman di kediamannya di London, England.

Menerusi laporan yang pernah diterbitkan oleh The Post pula, difahamkan Ratu Elizabeth gemar menikmati minuman beralkohol pada waktu pagi, diikuti dengan segelas wain atau champagne pada tengah hari dan segelas champagne atau martini kering pada sebelah malam.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​