Skip to main content

Foodies Life

Ready Guys! Kari-Lah Karnival Dah Sedia Ambil Alih TRX Dengan Perhimpunan Terbesar Pencinta MAGGI Kari di Malaysia

MAGGI Kari-Lah Karnival Di TRX

Bila sebut MAGGI Kari, satu perkara yang pasti adalah rasa kari sebenar Malaysia yang tiada tandingnya.

Pedasnya yang ‘kick’, bau aromanya yang menggoda, dan keenakan kuahnya yang pekat berempah, pergh! Memang syahdu! Lagi-lagi pekena MAGGI waktu hujan, orang lalu pun kita tak perasan ya.

Advertisement

 

#12 ramuan rempah terpilih, rahsia keaslian rasa ikonik MAGGI Kari

Bukan hanya sekadar mi segera, MAGGI Kari adalah rasa yang dibina dengan gabungan 12 rempah ratus terpilih memberikan rasa kari yang pekat dan betul betul sedap.

Bayangkan dengan setiap hirupan, anda sendiri boleh merasai rasa ‘kick’ kuah tersebut dan itu antara sebab menjadikan MAGGI Kari pilihan utama bagi mereka yang ingin memuaskan craving kari sebenar.

 

#Siap beberapa minit tapi rasa macam makan di kedai

Ini yang paling orang suka, sudahlah rasanya sedap, eh mudah pula nak disediakan. Hanya dalam dua minit sahaja, zapp! Anda dah boleh menikmati semangkuk hidangan panas yang memuaskan

Tak perlu renyah nak fikir basuh pinggan banyak ya. Lagi-lagi bila lapar tengah malam kan, memang surr!

 

#Fleksibel sesuai mengikut selera masing-masing

Oh, Ni paling best! MAGGI Kari juga boleh dijadikan asas untuk pelbagai ‘MAGGI hacks’ viral yang anda boleh cuba ya.

Tambah telur separuh masak untuk extra lemak berkrim. Masukkan sayur atau ayam untuk versi seimbang dan kenyang.

Jadikan kering untuk versi MAGGI goreng kari! Tabur daun bawang, cili atau bawang goreng sebagai topping, dah siap! Eh terbagi resepi pula, tapi why not cuba kan.

Apa jua cara anda masak, rasa MAGGI tetap mantap, paling penting, tetap mesra poket dik! Nombor satu lah.

 

#Jenama Dipercayai, Dari Dulu Hingga Kini

Sejak kecil pun kita dah membesar dengan MAGGI, sebab itulah jenama ini bukan hanya sekadar nama, tetapi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Tambahan pula, MAGGI Kari diperbuat di Malaysia dan disahkan Halal.

 

Tiada Ganti! MAGGI Kari satukan selera rakyat 

Untuk peminat setia MAGGI Kari, anda get ready ya untuk pengalaman paling best di Malaysia!

MAGGI Kari-Lah Karnival bakal menyatukan peminat MAGGI dari seluruh negara dengan sambutan penuh meriah! 

Menariknya, setiap sudut karnival ini akan membawa anda menyelami dunia MAGGI Kari! Dari bau kari yang wangi dan menyelerakan, aktiviti interaktif sehinggalah perkongsian resepi oleh peminat MAGGI tegar ya.

Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan Cef selebriti iaitu Chef Fikree, Chef Amir Gani dan Chef Jia Le Woh.

Selain itu, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi antaranya Bil Musa, Yonnyboii, Asyraf Nasir dan Aisha Retno. 

Malah pempengaruh iaitu Squigglymack dan Hungry Sam bakal hadir menghiburkan pengunjung.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada MAGGI Kari-Lah Karnival ya! Kerana rasa MAGGI Kari memang tiada ganti.

Cuba hari ini, kongsi #HowDoYouMAGGI, atau temui kami di MAGGI Kari-Lah Karnival pada 28 hingga 31 Ogos 2025 bertempat di Raintree Plaza, The Exchange TRX.

 

Must-Watch Video