Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid mengakui sedang berkenalan dengan personaliti media sosial, Sharifah Rose selepas berpisah dengan pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeauTYRA, Tyra Kamaruzzaman beberapa bulan lalu.

Penjelasan itu dibuat selepas fotonya bersama Rose viral buat kali kedua sejak semalam.

Jelas Aazief, penafian dibuat disebabkan mereka belum memberitahu perkara ini kepada keluarga masing-masing.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Aazief turut memuat naik foto bersama Rose kerana merasakan ramai pihak bersikap ingin tahu mengenai hubungan mereka.




Foto Aazief dan Rose berdua-duaan mulai tular menerusi perkongsian di laman sosial Twitter hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra.

BACA: "Saya Bukan Punca Aazief & Tyra Berpisah" - Sharifah Rose

Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak tiga bulan lalu.

BACA: Putus Cinta Dengan Tyra Kamaruzzaman, Aazief Khalid 'Spill The Tea'... Rupa-Rupanya....

Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.