,
Laman Utama

Recap Jumaat: Ain Edruce Menyusu Anak Covid-19, Elfira Loy Terkejut Baby Girl, Idham & Eizlan Buntu Kena Buang!

Syafiqah Jalal
04/03/2022
15:52 MYT
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan. Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Khamis:
  1. “Kalau Berjangkit Pun Saya Reda…”- Ain Edruce Mencabar Jaga & Menyusu Anak Positif Covid-19
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akui reda jika dia berjangkit dengan virus Covid-19 yang dihidap oleh bayinya, Soraya yang baru berusia 9 bulan. Kata Ain dia tiada pilihan selain menjaga serta menyusukan sendiri anaknya itu meskipun disahkan masih negatif.
  1. “Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..”- Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl
Pelakon Elfira Loy akui gementar dan tidak bersedia untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungnya sehinggalah adiknya, Esliza Loy telah membuat kejutan itu sendiri dengan mengadakan majlis ‘gender reveal’. Kata Elfira sepatutnya dia hanya terima sahaja kentuan Tuhan tetapi tidak menafikan jauh dilubuk hatinya dia menginginkan bayi perempuan selepas memiliki anak lelaki , Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun.
  1. “Sedih Kerana Waktu Itu Saya Positif Covid-19”- Ahmad Idham & Eizlan Yusof Ralat Diberhentikan Tanpa Sebab
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mengesahkan kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.
Kata Ahmad Idham, menerusi surat tersebut, dia mahupun Eizlan tidak diberikan penjelasan mengapa perkhidmatan mereka ditamatkan.
  1. “Saya Tak Berbohong”- Saksi Nafi Mahu Selamatkan Bung Mokhtar & Zizie Izette
Saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad hari ini menafikan beliau memberi keterangan bercanggah serta mereka-reka cerita semata-mata untuk menyelamatkan pasangan suami isteri itu.
Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa keterangannya adalah benar.
  1. Isteri Masih Larut Emosi, Azmi Saat; "Kadang-Kadang Dengar Dia Menangis Dalam Bilik Air Teringat Arwah Anak"
Penyanyi Azmi Saat masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kehilangan cahaya mata yang ditunggunya dan isteri, Nazira Muhammad, 36, selama 10 tahun pada September tahun lalu.
BACA: "Tunggu Kami Di Syurga Ya" - Baru Usia 3 Hari, Bayi Sulung Azmi Saat Meninggal Dunia
BACA: "Doktor Syak Bahagian Otak Afnan Ada Masalah" - Pengurus Azmi Saat
Jelas Azmi, 35, dia kini menjadi semakin kuat namun masih cuba berusaha untuk menjaga isterinya yang kadang-kala mudah larut dalam emosi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”

gempak
12/11/2024
23:55 MYT
Pengarah Ahmad Idham memberi teguran kepada seorang pelakon baharu yang mendakwa budaya buli antara pelakon junior dan senior masih lagi wujud sehingga kini.
Hiburan

Wajah Anak Lebam, Elfira Loy Kongsi Insiden Yang Berlaku - “Cuma Kali Ini Agak Nampak Teruk Sikit Sebab…”

gempak
04/11/2024
09:25 MYT
Perkongsian di Instagram memperlihatkan wajah anak perempuan pelakon Elfira Loy penuh lebam mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

gempak
20/06/2024
21:55 MYT
Pelakon Elfira Loy melahirkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang merakam dan berkongsi rakaman memperlihatkan jemaah yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.
Hiburan

Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”

gempak
10/06/2024
08:55 MYT
Berangkat ke Tanah Suci, Mekah pada pagi ini, pelakon Elfira Loy mengakui dia masih dalam keadaan tidak percaya dirinya akan menunaikan haji.
Unitar