Recap Khamis: Puteri Sarah Umrah Tanpa Suami? Syafiq Farhain Dah Kahwin! MK Dedah Situasi Rantai Dibuka Peminat

Syafiqah Jalal
April 21, 2022 14:31 MYT

Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.

Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Khamis ini:
#1 “Ya Saya Dah Kahwin” - Syafiq Farhain
Penyanyi Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan pengurusnya
Bagaimanapun Syafiq tidak mendedahkan tarikh perkahwinannya.
#2 Puteri Sarah Bawa Dua Anak Tunai Umrah, Kelibat Syamsul Yusof Tak Kelihatan Dalam Foto Di KLIA
Aktres jelita Puteri Sarah berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, memuat naik beberapa keping foto sewaktu keberangkatannya.
#3 “Dia Tahu Batas, Tak Sentuh Saya Waktu Buka Rantai Tu” - MK K-Clique Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Peminat Bukakan Rantai Pada Lehernya
Sekitar penghujung Mac lalu, nama MK K-Clique menjadi bualan dalam kalangan netizen apabila video yang menampilkan penyanyi itu meminta seorang peminat membuka rantai yang ada di lehernya viral di laman TikTok.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita berhijab yang dipercayai peminat kepada MK menanggalkan rantai berkenaan dalam keadaan yang terketar-ketar.
#4 "Mungkin Saya Dah Tak Diperlukan Lagi" - Johan As'ari Tak Ambil Hati, Musykil Stesen TV Reject Mentah-Mentah
Lima tahun menyepi daripada industri seni, pelakon Johan As'ari akui keliru apabila namanya kerap kali ditolak oleh stesen televisyen tempatan.
Jelas Johan, biarpun kebanyakan stesen televisyen bertukar tampuk kepimpinan, penolakan namanya daripada terbabit dalam sebarang naskhah drama atau telefilem menemui jawapan buntu.
#5 “Saya Tak Kenal Dia Personally…”- Nazim Othman Bawa Karekter Syamsul Yusof Dalam KUASA?
Pelakon Nazim Othman nafi melihat Syamsul Yusof sebagai rujukan kepada karekter Darius yang dilakonkan dalam drama bersiri premium, KUASA.
Malah kata Nazim, dia sendiri tidak mengenali atau berjumpa dengan Syamsul secara peribadi.

#Kahwin #Puteri Sarah #Umrah #Syafiq Farhain #Rantai #MK