Kemenangan Juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Cliff Umar sememangnya di luar jangkaan.

Sebelum ini netizen menjangka gelaran itu akan menjadi milik Oja atau pun Muss.

Bagaimanapun rezeki berpihak kepada Cliff dan netizen juga bersetuju dengan keputusan itu selepas menonton persembahannya pada malam konsert akhri GV7.

BACA: Cliff Umar Juara GV7, Bawa Pulang Wang Tunai RM102,000!

BACA: Corat-Coret Final GV7: Cliff Umar Juara Paling Sempoi, Kak Ani Sebak & Muss rap comel

Mengimbas kembali persembahan pada malam kemuncak itu, berikut merupakan markah penuh dah recap komen juri di minggu akhir GV7.

1. Cliff Umar - Nakal & I Do Anything For Love ft Noryn Aziz (71.42%)


“I like it very much. Lagu itu adalah apa yang saya suka anda lakukan forever,” - Datuk Ramli MS


2. Muss - Mentari Merah Diufuk Timur & Mencintai Mu ft Azharina (67.51%)


“Betapa homat, kagum dengan kebolehan dan kesungguhan abang untuk cuba genre-genre lain. Bukan sesuatu yang mudah. Saya rasa dari segi vokal tiada apa yang boleh saya katakan, abang mempunyai vokal yang cukup lagendary,” - Joe Flizzow


3. Ayu Damit - Bukan Dia Tapi Aku & Memori Tercipta ft Naqiu (67.42%)


“Lagu pertama tak berapa okay, tapi lagu itu susah, emosi dengan melodi sangat susah tetapi saya kena bagi kredit untuk Ayu. Dia tak sebagus macam kamu menyanyi lagu kedua, tetapi saya suka dengan kamu punya improvement,” - Datuk Ramli MS


4. Noraniza Idris - Hutang, Empat Dara ft Aishah (64.23%)


“Malam ini Ani balas dendam nampaknya. Kalau last week nampak struggle tapi malam ini relax dan enjoy. Kerana ini Ani punya forte jadi kita nampak kekuatan Ani di situ. Nilai estatika suara seseorang itu adalah berdasarkan pada pendengaran individu,” - Datuk Syafinaz


5. Linda Nanuwil - One Moment In Time, Terlanjur Cinta ft Hady Mirza (63.28%)


“Awak sangat beruntung sebab partner awak penyanyi yang bagus. Awak pilih lagu yang betul. Itu wonderfull momen awak, awak beri yang terbaik,” - Datuk Khadijah Ibrahim.


6. Oja - Jujur & Di Sana Cinta Di Sini Rindu ft Siti Nordiana (61.70%)


“Ibu boleh rasakan awak sangat tense malam ini sebab selalunya persembahan awak sangat rilek. Walaubagaimanapun Oja, awak pick up the second song. Lagu itu sangat sesuai dengan awak,” - Datuk Khadijah Ibrahim


7. Ashira - Wajah Kekasih & Beribu Sesalan ft Liza Hanim (60.90%)


“Awak ada good range dan getting better tetapi saya rasa hari ini mungkin disebabkan stress final itu agak mengganggu. Saya rasa lagu pertama itu awak patut jadikannya lebih personal, bila begitu emosinya lebih sampai. Untuk lagu kedua saya rasa agak sukar bila awak dapat Liza Hanim sebagai partner sebab awak live up to her standart, dia adalah wonderfull singer dan saya rasa untuk dapat standart itu agak sukar. Ada satu bahagian saya rasa awak terganggu dengan cermin itu, tapi saya nampak awak cuba sedaya upaya untuk lagu kedua,” - Datuk Syafinaz


Pusingan Battle:

Hikayat Ben Laden - Ayu Damit & Linda Nanuwil)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


“Masa kamu berdua rap dua-dua verse, saya tengok lirik dengan teliti, tunggu kamu buat silap tetapi tiada. Sempurna! Semua patah perkataan keluar dengan baik,” - Joe Flizzow


Eh - Noraniza Idris & Ashira

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


“Saya rasa secara keseluruhan, paling utama adalah bila kita buat persembahan lagu rap atas pentas, kita kena have fun. Persembahan ini memang sangat santai sangat relax dan saya terhibur. Terima kasih banyak-banyak,” - Joe Flizzow

Inilah Nasib - Muss, Cliff Umar & Oja

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


“Nak lagi satu lagu boleh tak? Wow! Saya rasa satu perasaan yang saya tak boleh nak jelaskan sebab saya membesar dengan lagu ini dan saya dapat lihat tiga penyanyi lain membawakan lagu ini dengan penuh semangat. Kamu juga dapat menyampaikan lagu ini seakan-akan Nico juga. Show yang sangat menghiburkan, saya rasa macam nak rap sekali,” - Joe Flizzow

Persembahan bintang GV7 peringkat akhir diadili Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap popular, Joe Flizzow.

Pentas akhir GV7 dikendalikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

GV7 dibawakan oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Untuk pengisian di platform digital, layari www.gempak.com/gegarvaganza