Apa yang menarik berlaku pada hari ini? Buat anda yang terlepas, jom kita recap lima kisah panas hari Rabu.

1. Mawar Karim mendakwa dirinya difitnah gagal membayar hutang.

Usahawan tudung popular, Mawar Karim tampil memberi respon terhadap dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada membayar hutang dan bakal diisytihar bankrap.

BACA: “Nak Bagi Saya Malu 1 Malaysia”- Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Digelar ‘S’ Sengaja Reka Cerita?

2. Zaki Yamani minta Jamal Abdillah berhenti memburukkan ibunya.

Penyanyi yang juga anak kepada Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani meminta bapanya supaya tidak memburukkan ibunya, Fatimatuzahra Samad selepas mendedahkan hubungan bersama bapanya agak renggang.

BACA: Didakwa Dihalang Jumpa Anak, Zaki Yamani Minta Jamal Abdillah Berhenti Burukkan Ibu - “Janji Nak Jumpa, Call Pun Tak Jawab”

3. Ariff Bahran dan isteri bakal sambut cahaya mata.

Penyanyi Ariff Bahran mengumumkan dirinya bakal menjadi seorang bapa tidak lama lagi hasil perkongsian hidup bersama isteri, Amirah Syazwani.

BACA: Ariff Bahran Bakal Jadi Bapa, Umum Isteri Sedang Hamil 24 Minggu

4. Eyra Hazali berdepan detik cemas apabila kandungannya tidak bergerak.

Pelakon Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur apabila kondisi anak di dalam kandungannya kembali normal seperti sediakala.

BACA: “Tak Respon Langsung Even Cucuk Perut…”- Eyra Hazali Berdepan Detik Cemas, Bakal Bersalin Tak Lama Lagi

5. Virus Kawasaki, bahaya atau tidak?

Susulan anak kepada pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Arissa yang mengalami demam panas, apakah itu virus Kawasaki? Menerusi rajutan yang dikongsikan oleh MyHeart Community.

BACA: Boleh Berjangkit Ke? Bahaya Atau Tidak? Ini Fakta Mengenai Virus Kawasaki