Laman Utama
Recap Selasa: Aliff Syukri Mohon Maaf, Baju KWSP Aina Abdul & Ramai DM Fizi Lepas Bercerai
Sepanjang hari Selasa, pelbagai kisah menarik berlaku dalam industri hiburan.
Ini termasuklah kontroversi, komen netizen dan juga perniagaan selebriti.
Jadi di sini kami kongsikan lima kisah menarik yang terjadi hari ini.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf atas kontroversi muzik video sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat baru-baru ini.
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul? Selain lagu-lagu berentak balada yang mendayu-dayu, Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani sering menyorot perhatian netizen dengan busana yang eksentrik.
Justeru, tidak hairanlah jika penampilannya menerusi klip video lagu raya terbaharunya, Gema Raya turut menjadi bualan peminat serta orang ramai.
Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram, selepas mengumumkan berita tentang perceraiannya dengan bekas isteri, pelakon Shakila Koriri penghujung tahun lalu.
Fizi, 33, berkata, dia menerima mesej berupa kata-kata semangat daripada pelbagai individu, termasuk mereka yang telah berkahwin dan bertunang.
Penyanyi dan pelakon Yazmin Aziz mengakui terkejut dengan kecaman yang diterima selepas dia dan Aisha Retno serta Danial Chuer ‘mengajuk’ cara percakapan juri-juri Big Stage 2022 baru-baru ini.
Pelakon jelita Fazura tidak menyangka jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.
Malah, reaksi Fazura yang seakan tidak percaya itu mula tular di platform TikTok.