Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa berang terhadap seorang netizen yang menuduhnya sengaja mengelak daripada bergambar dengan melarikan diri ke tandas ketika di booth perniagaannya baru-baru ini.

Menurut Reen, dia pada mulanya mahu meminta maaf dan menjelaskan situasinya di komen yang ditinggalkan namun individu tersebut seakan-akan memerlinya.

“Bangun-bangun aku baca yang ini. Aku baru nak taip cakap maaf dan jelaskan elok-elok sekali. Bawah dia ada lagi dia tulis yang menganjing aku toilet jauh dan mengelak. Kau menganjing aku ek, salah orang kau ini!” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Reen menegaskan dia tidak gemar dengan perbuatan individu tersebut yang biadab dengan menuduhnya sedemikian.

“Kau ingat artis ini hamba abdi kau ke an**? Yall la ek. Aku pantang betul kena sergah macam ini. Kau masuk rumah aku, masuk IG, TikTok, FB aku cuba bawa adab sikit.

“Aku jarang-jarang layan, selalu aku block. Tapi ini lebihlah… macam inilah artis-artis kena selalu tu ek? Aku jadi panas sebab baru-baru ini ada viral artis dituduh sombong.

“Macam inilah kesnya… satu, dua mulut lahan** saja. Kau ingat aku mak kau ke nak layan kau ke sampai berak makan pun tak boleh!” kata Reen menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Reen memberitahu dia akan memberi layanan yang baik kepada sesiapa sahaja yang datang untuk bergambar dengan cara yang elok.

“Mungkin artis lain kena macam-macam, salah ke tak salah, diorang kena jaga nama dan minta maaf juga walaupun tak salah. Dengan aku silap ek. Kau datang elok 10 kali, elok aku sambut.

“Kau datang macam lahana*… 1000 kali lahana* aku bagi muka kau. Artis pun manusia!” tegas Reen.