,
Laman Utama

Refresh Mood Balik Kampung Dengan 4 Idea Ini, Semua Dari IKEA!

Amri Hassan
07/05/2021
07:32 MYT
Raya masih sama tahun ini, tiada ziarah-menziarahi, tiada bersalam-salaman tiada berpeluk tangis. Namun, ia bukanlah halangan untuk kita terus meraikan lebaran dengan penuh kesyukuran!
Aidilfitri masih boleh dinikmati biarpun dari kediaman sendiri, mungkin dalam kelompok lebih kecil tidak seperti dahulu. Tapi raya tetap raya kan…
Bagi mengimbau dan merasai semula suasana kampung halaman yang dirindui apa kata hiaskan semula ruang tamu rumah anda dengan gaya yang bersederhana tapi masih menarik.
Nak tahu cara lebih mudah? Pastilah IKEA jawapannya!
Jom ikut Gempak rancangkan hiasan ruang tamu rumah anda dengan gaya raya paling cun tahun ini:
  1. Simple touch pun boleh bangkitkan mood raya
Mendekorasi ruang tamu rumah anda tidak semestinya perlu berhabis banyak. Dengan bajet yang minimal anda boleh memberikan nafas baharu dengan menukar sarung kusyen atau permaidani saja.
Selain memberikan keselesaan, warna dan corak yang meriah juga membangkitkan mood perayaan itu sendiri.
Pilih sarung kusyen SANELA dan karpet VINDUM untuk trik ringkas dan mudah raya ini!
Tip: Mula dengan memilih corak yang paling anda gemari, padankan dengan sarung kusyen. Dengan cara ini, corak tidak akan jadi melampau dan warna asas ruang tamu akan menyerlahkan lagi corak pilihan anda.
Sarung kusyen SANELA RM39.90
  • Fabrik velvet kapas memberikan sensasi lembut pada permukaan sarung kusyen ini. Tersedia dengan beberapa warna pilihan. Rujuk di sini
Kusyen TILLTALANDE RM49.90
  • Setiap sarung kusyen ini unik dan kelihatan seolah-olah buku mewarna dengan sulaman tangan oleh artisan. Setiap paten misalnya unta merupakan refleksi bumi Jordan.
  • Sebelah permukaan kelihatan bentuk unta manakala sebaliknya merupakan permukaan asas berwarna kuning. Senang untuk mix & match dengan kusyen lain. Rujuk di sini.
Karpet VINDUM RM399
  • Tebal namun bertekstur lembut, jika sofa sudah penuh duduk saja di atas karpet ini.
  • Dicipta dengan warna kontra, ia bakal menjadi titik fokal dalam rekaan ruang tamu anda.
  • Malah, ia didatangkan dengan pelbagai saiz dan warna. Rujuk di sini.
  1. Glam up raya walaupun hanya virtual
Jaga SOP ketika raya, patuhi arahan kerajaan dengan meraikan raya tanpa rumah yang penuh tetamu. Meraikan raya secara virtual akan lebih bermakna jika diabadikan potret keluarga dan dibingkaikan untuk menjadi latar belakang ketika berpanggilan video dengan insan tersayang. Tambah saja sedikit kilauan dan sinaran dengan pencahayaan dari lampu LED LEDFYR atau tanglung ENRUM.
Lampu LED berantai LEDFYR RM19.90
  • Pilihan lampu dekorasi ramai dan terbaik.
  • Senang untuk dihiaskan di mana-mana dan menggunakan bateri untuk menghidupkannya tanpa perlu mencari sumber elektrik. Rujuk di sini.
Tanglung tealight ENRUM RM19.90
  • Tanglung sentiasa menyerlahkan dekorasi ruang rumah, apabila tibanya waktu malam, sinaran tanglung memberikan atmosfera tenang dan mengasyikkan! Rasa romantik pun ada. Rujuk di sini.
Tanglung lilin blok LJUVARE RM149
  • Cahaya dari lilin menyerlahkan corak pada tanglung, biarpun tak perlu digantung. Rujuk di sini.
LED tealight MOGNAD RM19.90/6pcs
  • Lilin LED pun memberikan sensasi indah seperti lilin sebenar. Ia alternatif paling selamat bagi kediaman yang memiliki anak kecil tanpa perlu risaukan risiko kebakaran. Rujuk di sini.
Headset/table stand MÖJLIGHET RM12.90
  • Struktur dirian ini memudahkan anda meletakkan headphones, tablet atau telefon pintar secara teratur. Ia kecil, ringan dan senang untuk dialihkan dari meja ke tepi katil. Rujuk di sini.
  1. Punyai ruang yang fleksibel
Lebih praktikal sekiranya ruangan kediaman anda disusun secara fleksibel. Ruang tamu juga perlu mempunyai ruang yang lebih luas bagi memudahkan pergerakan anda dan tetamu (sekiranya ada). Tidaklah semestinya anda perlu membeli set sofa baharu untuk meraikan tetamu yang datang, hanya hamparkan karpet yang selesa, tambah beberapa biji kusyen dan kain alas, letakkan bersama dulang berisi biskut raya, wallah! Ia sudah sempurna seperti beraya di kampung.
Tip: Coffee table atau side table? Both! Kedua-duanya bermanfaat untuk ruang tamu rumah anda. Kita pun tahu betapa gemarnya tetamu untuk bersantai sambal menikmati biskut dan kuih-muih raya. Jadi, kedua-dua perabot kecil ini meminimalkan pergerakan untuk mengambil makanan sambil sibuk bersembang.
Meja dulang LJVARE RM299
Balang dengan penutup KORKEN RM7.90
  • Sangat sesuai untuk menyimpan jem dan jeruk atau memastikan biskut raya kekal rangup dan tak masuk angin. Rujuk di sini.
Coffee table VITTSJÖ RM169
  • Permukaannya menggunakan gelas tahan pecah dan mudah untuk dibersihkan serta tahan kotor. Rujuk di sini.
  1. Susun semula & buang tak perlu
Simpan barangan yang jarang digunakan dari pandangan mata agar ruang kelihatan luas dan tenang menjelang hari raya. Sediakan ruang untuk meletakkan tempat duduk tambahan atau tempat meletakkan hidangan. Ada pelbagai ruangan penyimpanan barang di IKEA untuk pilihan anda!
Kotak boleh lipat KAOSIG RM39.90
  • Ringan sahaja! Kotak berwarna biru ini membolehkan anda menyimpan barangan kecil dengan praktikal dan cepat sama ada di pantri atau dalam kenderaan anda.
  • Mudah untuk dibawa kerana ia mempunyai pemegang dan senang untuk dilipat semula jika tidak digunakan. Rujuk di sini.
Kotak KNAGGLIG RM29.90
  • Kotak tahan lasak yang mempunyai pemegang untuk mengangkat barangan lebih berat. Gunakan ia seperti asal atau olah ia menggunakan warna kegemaran anda untuk penyimpanan. Sesuai digunakan di ruang tamu atau di garaj kenderaan.
  • Boleh digunakan untuk menyimpan tin atau botol kerana kotak kayu ini sangat kuat dan tahan lasak.
  • Anda boleh menjimatkan lebih ruang dengan membeli dua atau lebih kotak ini dan ditindihkan antara satu sama lain.
  • Ia juga sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada dekorasi bercirikan tradisional atau rustik. Malah, ia boleh digunakan untuk kotak berkelah! Rujuk di sini.
Bakul SNIDAD RM119
  • Bakul ini direka dengan bentuk dan perincian yang cantik, ia juga dijalin dengan tangan. Karya asli yang pasti sesuai dengan selimut yang anda tebarkan di sofa atau tuala mandi di dalam kamar mandi. Rujuk di sini.
Jadi, tunggu apa lagi. Segera kunjungi gedung perabot IKEA berhampiran anda untuk mendekorasi ruang tamu rumah anda sempena raya ini. Raya pun dah dekat ni! Info lanjut di IKEA.my/Raya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni