Viral

Rekaan Baju Melayu ‘See-Through’ Teruk Dikecam, Arma Couture Tiada Niat ‘Lucahkan’ Pakaian Tradisional

Gempak
10/03/2024
09:55 MYT
Pada pagi raya, sudah tentu ramai dalam kalangan kita mahu tampil menyerlah menggayakan pakaian tradisional Baju Melayu dan Baju Kurung.
Oleh itu, segelintir pihak sanggup mengenakan baju-baju tradisional yang ‘diubah’ supaya nampak lebih unik bagi meraih perhatian orang ramai.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu…

Akan tetapi, ada sesetengah perubahan yang dibuat oleh pereka-pereka fesyen terhadap baju-baju tradisional dianggap sebagai terlalu ekstrem sehingga menghilangkan identiti ‘kemelayuan’ itu sendiri.
Itulah yang terpaksa dihadap oleh pereka fesyen selebriti, Arma Abdul Rahman selepas dikritik kerana salah satu koleksi Baju Melayunya yang bertemakan ‘see-through’ memperlihatkan bahagian badan dan kaki si pemakai.
Rekaan itu meraih pelbagai komen negatif warganet di mana rata-ratanya menganggap baju berkenaan memalukan serta merosakkan imej Melayu.
“Design memang minta kena kecam, dah kena jangan marah. Memalukan, dah lah tak lawa,”
“Merosakkan adat Melayu, ni lah masalah pereka fesyen, nak berfesyen tak kena tempat,”
“Buat sesuatu benda biarlah ikut dan patuh dengan agama!”
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Majalah Wanita, Arma mendedahkan bahawa tiada niat untuk ‘melucahkan’ Baju Melayu serta menerangkan rekaan itu dicipta mengikut kesesuaian cuaca di Malaysia.
“Kalau untuk lebih sopan boleh sahaja pakai singlet, Baju Melayu tu sesuai dengan keadaan dan cuaca di negara kita, tapi Arma tidak ‘melucahkan’ baju itu,” ujarnya.
Sementara itu, Arma turut menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan rekaan bajunya dengan komuniti LGBT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.