VIRAL
Remaja Kencingkan Sup Di Restoran Hot Pot Terkenal
Sebuah restoran terkenal, Haidilao terpaksa menanggung kerugian dengan membayar pampasan kepada pelanggan selepas dua remaha melakukan aksi tidak senonoh dengan kencing di dalam sup makanan hot pot mereka.
Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah premis restoran tersebut di Shanghai, China pada bulan lalu, lapor CNN.
Akibat insiden yang berlaku, Haidilao yang juga mempunyai cawangan di Malaysia terpaksa membayar pampasan kepada lebih 4,000 pelanggan yang datang menikmati makan malam di retoran tersebut pada waktu kejadian.
Menerusi laporan sama, dua pelanggan berusia 17 tahun itu telah melakukan perbuatan keji dengan kencing di dalam sup yang disediakan dalam sebuah bilik khas restoran itu sewaku makan malam.
Namun pihak restoran hanya menyedari kejadian tersebut selepas video aksi pelanggan kencing di dalam sup yang disediakan tular di media sosial.
“Kami sedar ‘kerugian’ yang dialami pelanggan tidak boleh dibayar dengan pampasan tapi kami tetap perlu bertanggungjawab dan melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini,” ujar kenyataan yang dikeluarkan restoran tersebut.
Haidilao bagaimanapun tidak menjelaskan jenis dan jumlah pampasan yang akan diberikan kepada pelanggan yang terkesan.
Dua remaja tersebut kini ditahan pihak berkuasa tempatan.
Must-Watch Video