Remaja Lelaki Mengaku Bersalah Rogol Rakan Bawah Umur 3 Kali
Gempak
09/08/2024 07:55 MYT
09/08/2024 07:55 MYT
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tiga pertuduhan merogol gadis bawah umur, sembilan hari lalu.
Tertuduh yang berusia 18 tahun itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di hadapan Hakim, Hilmiah Yusof.
Tertuduh yang berusia 18 tahun itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di hadapan Hakim, Hilmiah Yusof.
3 Kali
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah bilik hotel di sini jam 12 tengah malam, 1.30 pagi dan 5.30 pagi pada 31 Julai 2024.
Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 37 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah dalam pada itu menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Oktober depan untuk serahan laporan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman Mati Awari Bunuh, Rogol Jururawat Depan Anak 9 Tahun Lepas Digantikan Penjara 40 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pernah Rogol Budak 12 Tahun, Pemain Bola Tampar Pantai Belanda Kena ‘Boo’
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Sengaja Rogol Anak" - Penoreh Getah
ARTIKEL BERKAITAN: Rogol Anak Perempuan Sendiri, Penoreh Getah Beri Alasan ‘Saya Tidak Sengaja’
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala tertuduh yang merupakan pekerja kontrak tidak diwakili peguam.
Pada 7 Ogos lalu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan 4.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penahanan suspek dilakukan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 16 tahun itu pada 31 Julai lalu.
Menurutnya, mangsa dirogol oleh rakan yang dikenalinya itu sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menerima rawatan dan pemeriksaan.
Jelasnya, bertindak atas maklumat, tangkapan terhadap suspek dibuat pada hari kejadian bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian