Berita

Rogol Anak Perempuan Sendiri, Penoreh Getah Beri Alasan ‘Saya Tidak Sengaja’

gempak
Gempak
28/07/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Rogol Anak Perempuan Sendiri, Penoreh Getah Beri Alasan ‘Saya Tidak Sengaja’
Seorang penoreh getah yang didakwa memberi alasan tidak sengaja atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Ahad.

Alasan Tak Sengaja

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki berusia 44 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.

“Saya tak sengaja Yang Arif,” ujar tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kuala Krai, pada jam 5 pagi, 21 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama pada tarikh, masa dan di lokasi sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Seksyen 15 Akta 792 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya manakala Seksyen 16 Akta 792 perlu tambahan kepada hukuman pemenjaraan maksimum lima tahun dan dihukum sebat minimum dua sebatan kerana hubungan mahram.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh kerana pertuduhan serius melibatkan bapa dengan anak kandung.
Tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan dan memberitahu mahkamah tidak sengaja melakukan perbuatan itu.
Zulkifli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan kes disebut semula pada 28 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Remaja Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Bergilir-Gilir Ditahan!

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol, Liwat Anak Tiri Konon Sebab Buang Santau, Tukang Cat Dipenjara 20 tahun & 6 Sebatan

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu Dirogol Bapa Sendiri Punca Remaja Perempuan Dihempuk Papan Seterika

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live