Penyayi dan pelakon popular, Daiyan Trisha telah meraih satu juta pengikut di laman Instagramnya.

Perkara itu dikongsi Daiyan menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Menurut Daiyan, dia berasa gembira dengan perkara itu kerana akaun IGnya itu pernah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun berjaya bertahan sehingga kini.

"Hey we got to a million! remember when my account was hacked twice, and that one time it was even deleted?

"Omg crazy, what a great start to the year! thanks for following me and I'm so excited to have all one million of you joining me in my wonderful journey, let's do this," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Daiyan.

Hey we got to a milli! Remember when my account was hacked twice, and that one time it was even deleted?! Omg crazy. What a great start to the year! Thanks for following me and i'm so excited to have all one million of you joining me in my wonderful journey ❤️? Let's do this.

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on


Daiyan mula menjejakkan kaki di industri hiburan tanah air pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.