Laman Utama
Remy Ishak Tarik Diri Dari ABPBH34 - "Peluang Harus Diberikan Kepada Yang Lebih Layak"
Pelakon kacak Remy Ishak mengumumkan penarikan diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) tahun ini.
Kata Remy, 39, pilihannya untuk menarik diri daripada bertanding tahun ini bagi memberikan peluang kepada individu lain yang lebih layak.
"Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.
"Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang saya berpendapat, peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.
"Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya," kata Remy.
Minggu lalu, Zul Ariffin mengumumkan penarikan dirinya daripada anugerah berkenaan bagi memberikan fokus kepada kerjanya dan produk seninya akan datang.
Sebelum ini, Remy pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH antaranya Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah pada ABPBH ke-32, selain pernah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH24 dan ABPBH23.
Untuk ABPBH34, Remy tercalon dalam kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.