Laman Utama
Zul Ariffin Tarik Diri Dari Pencalonan Yang Iktiraf Dirinya Popular
Aktor Zul Ariffin sebentar tadi membuat pengumuman menarik diri daripada sebuah pertandingan bersifat popular yang mencalonkan namanya dalam beberapa kategori.
Dia dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan Gandingan Serasi Drama Popular. Pengumuman tersebut dibuat menerusi kemas kini terbaharu di Instagram rasmi miliknya, zul_ariffin.
"Bismillah, Assalamualaikum semua. Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah saya nak beritahu dan umumkan yang saya sudah tarik diri daripada semua pencalonan #ABPBH24.
"Kepada semua calon, i wish you all the best, dan to my fans who i love, get some rest," tulis Zul.
Bintang filem Sangkar itu juga menyatakan telah berkomunikasi dengan pihak penganjur, namun tidak menyatakan sebab utama dia menarik diri daripada majlis yang diadakan saban tahun untuk mengiktiraf populariti anak seni mengikut undian peminat masing masing.
Terdahulu anugerah yang mengangkat tema #KitaBersama ini mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.
Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.
Ia dijadual berlangsung pada 13 November 2021 mendatang.
Instagram: zul_ariffin
Must-Watch Video