Renungan Mata Fattah Amin Buat Una Tak Mampu Nak Bercakap - “Berdegup Jantungku, Bila Fattah Melihatku”
Asyikin Mayudin
24/10/2024 23:55 MYT
24/10/2024 23:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Una mengakui pelakon Fattah Amin seorang lelaki yang mempunyai wajah kacak.
Renungan mata
Pernah bekerjasama ketika membuat siaran langsung (live) menjual kambing perap baru-baru ini, Una turut berkata renungan mata Fattah membuatkan dirinya tak dapat berkata apa-apa.
“(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok (elok). Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia.
“Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’,” kongsi Una.
Video perkongsian Una yang menjawab pertanyaan pengikut di TikTok ketika membuat live itu dimuat naik semula di akaun TikTok @ayuuariffin84.
ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…
ARTIKEL BERKAITAN: Tolak Duit Komisen Jual Kambing Perap, Fattah Amin Infak Kepada Golongan Memerlukan - “Kami Kecewa Sebab Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Fattah Amin Bukan Saja Selebriti Dihormati Tapi Bersemangat Beri Inspirasi Generasi Muda" - Cikgu Fana PTTI
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."
Ketika ditanya adakah dirinya ‘cair’ melihat Fattah Amin, Una bagaimanapun memaklumkan dirinya seorang yang profesional ketika bekerja.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Una sempat menyanyi dan menukar bait lirik lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ nyanyian asal penyanyi dangdut terkenal iaitu Amelina.
“Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. ‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku’,” kata Una.
undefined