,
Hiburan

"Rezeki Itu Memang Datang Dari Allah" - Anita Baharom Tak Sangka Acar Limaunya Kini…

Hanafis Haris
13/07/2020
09:17 MYT
Pelakon Anita Baharom tidak menyangka perniagaan acar limau yang diusahakan secara kecil-kecilan kini telah mendapat perhatian dan permintaan ramai.
Menurut Anita, idea untuk memulakan perniagaan tersebut tercetus sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga bulan lalu.
"Waktu PKP terfikir nak berniaga apa, jadi saya pun cubalah buat acar limau.Teringin pun ye waktu itu.
"Ketika bulan puasa saya cuba masak dan jerukkan dulu limau. Tapi waktu tu perniagaan masih belum mula, ilham tu dah ada seru belum datang lagi.
"Sampailah penghujung Syawal barulah mula buat satu periuk dan jual dalam balang secara kecil-kecilan," katanya.
Jelasnya, sejak daripada itu permintaan daripada orang ramai cukup menggalakkan apabila ada yang bertanya untuk menjadi agen 'dropship'.
“Ia resepi kakak yang saya olah sendiri seperti menjadi rasa daripada keluarga kami daripada pulau pinang. Saya mahu kekalkan rasa turun temurun itu”
"Ramai bagi komen yang positif sampai ada seorang pelanggan ni dia beli satu je, lepas tu order lagi 12. Alhamdulillah rezeki Allah nak kasi.
"Gembira bila perniagaan yang pada awalnya saya suka-suka je nak tambah pendapatan, tiba-tiba menjadi dan boleh buat satu lagi bidang tetap yang kami sekeluarga boleh fokus.
"Ada cadangan untuk tambah baik, pasarkan secara meluas tapi buat masa ini kami maintain dulu kecil-kecilan," katanya.
Untuk makluman, Anita bakal muncul dalam filem terbaru Keluarga Iskandar The Movie (KITM).
KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”

gempak
18/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Laman Utama

“Tiada Dalil Kata Tak Cukup Setahun Bergelar Ibu Tunggal Dosa Bernikah” - Anita Baharom

gempak
23/12/2022
00:00 MYT
Tak salah pun sebenarnya kan
Laman Utama

Anita Baharom Selamat Bernikah, Pilih Duda Anak 8 Sebagai Suami

gempak
22/12/2022
04:09 MYT
Tahniah Anita dan suami
Laman Utama

"Syurga Ita Dah Tak Dak Mak" - Hari Ibu Berendam Air Mata, Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia

gempak
08/05/2022
23:55 MYT
Salam takziah buat keluarga Anita Baharom.
Laman Utama

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia

gempak
01/01/2022
02:37 MYT
Salam takziah...
BorakSeeni