Seorang penghantar makanan meluahkan rasa syukurnya apabila menerima kejutan daripada seorang pelanggannya.

Kisah berkenaan dikongsi menerusi satu posting di sebuah laman Facebok.

Menurut individu tersebut, kejadian tersebut berlaku ketika menunggu tempahan.

"Tiba-tiba job masuk. Macam biasa la tengok kedai mana dan hantar kemana.

"Rupanya customer tu sedekahkan makanan yang dia oder dari sebuah restoran di Permatang Pauh tu untuk rider grab food berbuka puasa.

"Rezeki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya ini dari seorang wanita cina yang baik hati," katanya.

Menurutnya, selama hidup ini dia hanya mendengar kisah kebaikan manusia sahaja, namun tidak merasai sendiri pengalamannya.

"Selama hidup aku ni penah dengar ja cerita kebaikan manusia. Walaupun berlainan bangsa namun masih ada rasa kasih sayang antara kita manusia.

"Aku cuma nak sampaikan ja kisah yang jadi kat aku dan aku sangat hargai kebaikan wanita Cina ini," katanya.

Sementara itu menerusi posting tersebut juga, turut kelihatan gambar yang memaparkan pesanan daripada pelanggan berkenaan.

"Ini hadiah untuk anda dan keluarga. Boleh kongsi dengan rakan rider yang lain.

"Selamat berbuka," tulis pelanggan tersebut.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.