Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

Gempak
09/07/2024 00:55 MYT
Perbuatan seorang penghantar barang (rider) selamba melakukan aksi tidak senonoh terhadap dua wanita di depan masjid mengundang perhatian ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Tunjuk alat sulit

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @medantalkid, lelaki yang mengenakan pakaian seragam rider itu dilihat menunjukkan alat sulit ke arah dua wanita terbabit.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipanggil oleh rider tersebut sebelum dia membuka seluarnya lalu melakukan aksi tidak senonoh itu.

“Saya dan rakan hanya berdua, tiba-tiba rider di hadapan masjid itu memanggil kami berdua lalu dia membuka celana dan menunjukkan alat sulitnya,” kata seorang mangsa.

Disebabkan ketakutan, mereka segera menjauhkan diri dan merakam kejadian tersebut. Namun, rakaman itu tidak jelas karena diambil dari jarak jauh.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story



Identiti suspek masih belum diketahui kerana mukanya dihalang dengan topi keledar dan topeng muka.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen berang dengan perbuatan rider itu.

“Rasanya ini bukan pertama kali, dia memang sudah berkeliaran melakukan perbuatan seperti ini.

“Lempar sahaja batu kepada orang sebegini,” komen beberapa netizen.

Sumber: Tribune News & Kosmo
#Masjid #Rider #Anu #Tayang #depan