,
Hiburan

Riena Amirah Juara Ikon Zayan HijabStar, Bawa Pulang RM5,000!

Kamaruddin Razal
28/09/2019
23:18 MYT
Model dan usahawan, Riena Amirah Mohammad Zamri berjaya meraih gelaran juara Ikon Zayan HijabStar.
Pencarian ikon Zayan HijabStar yang dianjurkan oleh Zayan, destinasi gaya hidup Muslim moden dan NU Ideaktiv, selaku rakan media bersama MAX Fashion, penaja utama, dalam mencari ikon HijabStar yang boleh diterjemahkan sebagai wanita berbakat dengan personaliti yang menarik dalam mengekalkan ciri-ciri seorang wanita berhijab.
Gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Jeli, Kelantan ini berjaya mengatasi empat finalis lain dalam acara akhir yang diadakan di MAX Fashion, IOI City Mall, Putrajaya.
"Alhamdulillah, pencarian Ikon Zayan HijabStar memberikan pengalaman baru untuk saya. Sejujurnya, saya tak sangka dapat menjadi juara menewaskan finalis lain namun rezeki berpihak kepada saya.
"Saya merupakan seorang usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia hiburan menjadi model serta pelakon untuk iklan komersial.
"Saya berharap gelaran juara Ikon Zayan HijabStar ini dapat menjadi batu loncatan untuk saya meluaskan lagi nama dalam bidang seni," kata graduan dalam bidang pemasaran perniagaan di Universiti Kuala Lumpur ini.
Di acara akhir itu, Riena membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi kemenangan dan sejambak bunga daripada Zayan, Majalah Hijabista dan MAX Fashion.
Empat finalis pencarian Ikon Zayan HijabStar yang lain ialah Wanie, Emilia, Lini Baira dan Syafiqa Haniza.
Semua finalis menjalani penjurian dari Mawi (personaliti Zayan), Nursuziana Zulkifli (Pengarang majalah Hijabista), Nabila Razali (penyanyi) dan Farah Dinana (penata gaya fesyen).
Menerusi acara akhir yang dihoskan oleh dua personaliti Zayan iaitu Lin Ariffin dan Falyq Hikyle, penonton turut dihiburkan dengan Nabila Razali yang memeriahkan finale dengan persembahan lagu Pematah Hati.
Turut hadir ke acara terbabit ialah dua personaliti Zayan, Anas Tahir dan Azhar Hilmi bersama Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Laman Utama

ZAYAN Anjur Bacaan Tahlil & Doa Selamat Di Aplikasi Permainan Digital Roblox Dengan Peminat

gempak
24/11/2023
12:19 MYT
Disertai lebih 300 pengguna di aplikasi permainan digital Roblox
Laman Utama

EKSKLUSIF: Ikhwan Fatanna, Lin Ariffin Selamat Bernikah!

gempak
17/11/2023
13:46 MYT
Tahniah Ikhwan Fatanna dan Lin Ariffin!