Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).

Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu.

Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya!

"Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

"Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak," tegasnya.

Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi.

"Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

"Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja.

"Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan," tambahnya.

Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B.

BACA: DSV Buat Ujian Kesuburan, Bekas PA Dedah Pernah Rancang Kahwin & Bawa Jumpa Ibu

BACA: "Mama Kalau Bercinta Macam Cinta Buta!" - Cik B

Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin.

Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang 'disentuhnya', namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

BACA: Iqbal Dedah DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Disentuh? Netizen Naik Hairan! - "Sentuh Apa Sampai Kena Kahwin?"

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!