,
Hiburan

"Rindu Tiada Penghujungannya" - Chot XOXO Kenang Arwah Anak

Asraf Aided
06/12/2018
11:31 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Chot (XOXO) mengenang pemergian anaknya Muhd Sher Harraz yang meninggal dunia dua bulan lalu.
Perkara itu dikongsi Chot menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Cepat je masa berlalu, dua bulan dah adik pergi.
"Mommy dan Daddy rindukan adik, kenangan bersama adik takkan kami lupakan.
"Rindu tiada penghujungnya, alhamdulillah Mommy dan Daddy dah kuat harungi dugaan ini, insya-Allah ada pengganti Sher Harraz," tulisnya sebagai kapsyen.
Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Haraz di ruangan komen entri tersebut.
Harraz meninggal dunia pada 8 Oktober lalu akibat mengalami masalah injap jantung terbalik dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janji Awak Sihat Sempurna Dalam Perut Mummy Tau” – Chot Syukur Dapat Pengganti Anak Syurga

gempak
22/03/2019
04:26 MYT
Berita

"Tubuhku Terasa Longlai & Kaki Macam Tak Jejak" - Isteri Chot XOXO Kongsi Pengalaman Terakhir Buat Netizen Sebak

gempak
10/10/2018
08:20 MYT
Hiburan

Kau Pergi Jua...Anak Chot XOXO Meninggal Dunia

gempak
08/10/2018
02:40 MYT
Berita

"Kuman Sudah Merebak Ke Dalam Otak Anak Saya" - Chot Mohon Doakan Anak Segera Sembuh

gempak
21/08/2018
04:46 MYT
Unitar