Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rindu Yang Teramat, Jiggy Tak Sabar Nak Jumpa Dhabitah Sabri - “Saya Bawa Diri Untuk Dia, Lain Semua Standby Dekat Rumah”

Ernalisa
13/08/2024 08:52 MYT
Rasa rindu yang meluap tidak dapat disembunyikan lagi oleh pelawak Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri apabila lebih seminggu tidak bersua bersama isteri kesayangannya itu.

Tiada Bunga

Kata Jiggy, tiada sejambak bunga untuk menyambut kepulangan isterinya di pintu utama ketibaan, melainkan dirinya yang hanya mampu mengembirakan pemilik hati penerjun negara itu.

"Sangat berdebar. Rasa macam teruja pun ada. Rasa rindulah sebab dah lama tak jumpa dia.

“Memang saya rasa rindu sangat-sangat. Saya rasa bunga tak ada hari ini sebab saya bawa diri sahaja untuk dia.

"Lain-lain semua saya standby dekat rumah," ujar Jiggy kepada Gempak.

Menanti Isteri Tercinta

Pelawak berfigura tinggi lampai itu tiba di Lapangan Terbang Terminal 1 lengkap berpakaian serba hitam dilihat setia menanti isteri tercintanya itu seawal pukul 2 petang lagi di pintu keluar utama lapangan terbang.

Sebelum ini penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri melepasi ujian awal acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 apabila layak ke separuh akhir pada Rabu lalu.

BERITA TRENDING: Netizen Gemar Kecam Atlet Negara, Ini Pesanan Jiggy - "Adab Ni Kalau Tiada, Memang Masalah Hati"

BERITA TRENDING: Jiggy Hilang Sabar! Berang Netizen Melampau ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri - “Let’s Give You The Limelight That You Want…”

BERITA TRENDING: Netizen ‘Edit’ Gambar Dhabitah Sabri, Jiggy Mahu Teruskan Tindakan Undang-Undang - “Benda Itu Sudah Jadi perkara Mengaibkan…”

BERITA TRENDING: "Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

Dhabitah tampil dengan tiket wild card ke temasya sukan terbesar dunia itu mengakhiri cabaran di kedudukan ke-12 dengan catatan 283.65 mata selepas mengharungi lima terjunan di Pusat Akuatik Paris.

Atlet China, Chen Yiwen mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata, tempat kedua pula milik, Keeney Maddison (Australia, 337.35 mata) diikuti Aranza Vázquez Montaño (Mexico, 321.75).

#Jiggy #Atlet Negara #Dhabitah Sabri #Dhabitah #Olimpik Paris 2024