“Risau Betul Tengok ...” - Netizen Tegur Video Challenge Leona Hampir Terdedah Pakaian Dalam
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik video dia sedang melakukan ‘challenge’ di Instagram.
Dalam video tersebut, Leona dilihat mengenakan pakaian berwarna hitam dipadankan dengan skirt pendek sehingga menampakkan seluar dalamnya secara jelas.
“Im still in my JJ phase sorry,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata rata netizen mula menegur penampilan pempengaruh itu yang dianggap sedikit melampau dan tidak sesuai untuk dikongsikan secara terbuka.
Ada juga segelintir netizen yang cuba untuk mempertahankan Leona dengan menjelaskan pakaian yang kelihatan itu bukanlah seluar dalam seperti yang disangkakan sebaliknya merupakan seluar pendek yang sering dipakai oleh wanita ketika mengenakan skirt pendek.
Selain netizen yang meninggalkan komen yang negatif, ada juga beberapa netizen yang mendoakan agar Leona terbuka hati untuk menutup aurat serta menjaga maruah diri.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Leona spender tu.”
“Seksi sangat ni. Awak cantik dah, bijak pandai glamor tapi tolonglah jaga aurat.”
“Risau betul tengok Leona ni.. Takpelah semoga yang baik baik sahaja untuk awak,” komen netizen.