Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.
Beliau berkata hasil siasatan motif kes tersebut dipercayai akan dapat diketahui dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan suspek merupakan seorang pedofilia.
Kumar berkata suspek juga berkemungkinan menculik kanak-kanak tersebut secara bersendirian.
Beliau dalam pada itu berkata suspek direman enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Tempoh reman lelaki itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat 4 Ogos lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula susulan penemuan baharu termasuk alat mainan seks itu.
Kumar sebelum ini dilapor sebagai berkata suspek ditangkap bersama Albertine di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai selepas kanak-kanak itu hilang di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Alat Mainan S*ks, Bahan Penganiayaan S*ksual Kanak-Kanak… Polis Tangkap Semula Suspek Culik Albertine Leo
ARTIKEL BERKAITAN: Suspek Penculik Albertine Sambung Reman Enam Hari Lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 Hari Hilang, Ini Gambar Terkini Albertine Leo Bersama Keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Culik Albertine Leo, Suspek Ke-5 Direman 7 Hari
ARTIKEL BERKAITAN: Leo Jia Hui Ditemui Selamat!
Sumber: Awani menerusi Bernama