HIBURAN
Risau Kes Jenayah Banyak Berlaku, Mark Adam Beri Pesanan - “Jangan Berjalan Sorang-Sorang, Paling Baik Jangan Keluar Malam”
Penyanyi, Mark Adam menasihatkan orang ramai terutamanya remaja supaya mengambil langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan diri.
Jangan keluar malam
Mark menerusi hantaran di akaun Instagramnya memberikan beberapa tips sebagai langkah tambahan keselamatan memandangkan terdapat banyak kes jenayah yang dilaporkan baru-baru ini.
“Wahai adik di luar sana, musim sekarang agak bahaya banyak jenayah yang berlaku di luar sana, adik jangan keluar berseorangan.
Terdahulu, selain Mark, pelakon Sweet Qismina juga turut mengingatkan orang ramai agar jangan berkongsi lokasi di media sosial kerana boleh menjadi perhatian mereka yang mempunyai niat tidak baik.