Hiburan

Risteena Munim, Isa Khan Kahwin Tahun Ini

Fiza Kamarudin
01/06/2020
13:04 MYT
Pelakon Risteena Munim mengakui akan melangsungkan perkahwinan tahun ini dan masih di dalam fasa perbincangan mengenai perkara tersebut.
Risteena ketika dihubungi Gempak berkata, dia dan tunang, Isa Khan bagaimanapun sedang dalam pertimbangan untuk menamatkan zaman bujang mereka kerana pandemik COVID-19.
“Kami rancang berkahwin tahun ini tetapi buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang mengenainya. “Tarikh pun terpaksa difikirkan semula kerana pandemik ini. Apa pun kalau ada berita baik selepas ini kami akan kongsikan,” katanya.
Tambah Risteena lagi, dia mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar dan urusan mereka dipermudakan.
“Doa-doakanlah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif selama ini,” ujarnya. Risteena dan dan Isa Khan bertunang 23 November lalu dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya.
Terdahulu Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim, 31, pernah dikecam warganet gara-gara memuat naik kisahnya yang disangka kena culik selepas hilang daripada radar tunang, Isa Khan, 27.
Bagaimanapun pelakon drama Playboy Itu Suami Aku tidak tersinggung dengan kata-kata warganet kerana baginya, dia hanya berkongsi mengenai kehidupan sehariannya di platform media sosial sendiri.
“Saya hanya kongsi apa sahaja yang dilalui setiap hari. Lagipun itukan laman sosial peribadi saya, berkongsi kisah sendiri sahaja bukannya saya bercakap buruk fasal orang lain.
“Saya hanya mahu mengabadikan momen istimewa di laman sosial sendiri sahaja,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

gempak
22/07/2024
09:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat berkaitan perselingkuhan bekas suaminya, Andika Putera, personaliti media sosial, Ananda Natasha menyatakan dirinya sudah 'move on' dengan penceraian yang berlaku pada Disember tahun lalu.