Pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mengejutkan ramai orang terutama pengikut setia apabila akaun Instagram (IG) miliknya hanya terdapat empat posting sahaja.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hantaran itu dipadam atau ditukar ke mod 'archieve'.

Difahamkan, sebelum ini akaun Rizalman mempunyai 6,574 posts iaitu temasuklah saat usahawan ini mengacarakan program masakan Pung Pang Rizalman dan foto 'photoshoot' untuk jenama produk miliknya.

Menerusi pemerhatian Gempak, akaun IG yang mempunyai lebih 1 juta pengikut itu hanya meninggalkan foto berunsur Islamik, satu entri yang mengingatkan pengikutnya untuk berkelakuan sopan dan yang terbaru adalah rakaman video dekorasi bilik airnya.

Dalam pada itu, pereka hiasan dalaman tersebut ada berkongsi satu tangkapan skrin yang memaparkan respons daripada salah seorang pengikut yang meratap dengan perubahan yang dilakukannya.

"Hambar Datuk. Kalau setakat kongsi kata-kata, ayat dan hadis, dekat luar sana melambak. Kami nak cara Datuk yang dulu," tulisnya.

Di platform Twitter, rata-rata netizen mendakwa Rizalman merajuk selepas insiden salmon, baru-baru ini.




Terdahulu, Rizalman menerima kecaman dalam kalangan pengguna media sosial selepas mendedahkan dirinya tidak menggemari ikan salmon.

BACA: "Walaupun Ada Istana Kat Malaysia Ni, Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon" - Rizalman