Pelakon Mas Khan mencuri perhatian ramai dengan berkongsi sebuah video melamar kekasih hati, Diana Nasimuddin dalam sebuah majlis yang penuh romantis.

Menerusi laman sosial Instagram, Mas memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Setiap kali you nak jumpa your girlfriend, you rasa excited. Walaupun dah setahun lebih bersama, you still rasa the spark, the butterflies, i rasa benda tu sampai sekarang. This is not common but with this girl, the butterflies are always there,” ujar Mas di dalam video tersebut.

Menggunakan tanda pagar #roadtohalal, lamaran yang diadakan pada 18 November lalu menyaksikan Mas melutut di hadapan Diana sambil mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket jaketnya.

Lamaran yang diterima itu menyebabkan Mas berlinangan air mata sambil memeluk Diana.

Namun, Mas tidak berkongsi lanjut tentang tarikh majlis perkahwinan mereka kelak.

Tambah Diana, cara Mas menjaga dan melayan ibunya menjadi antara punca dia menerima lamaran lelaki tersebut.

“Mas, oh my God, dia ada hati yang sangat baik. Dia sangat menjaga orang disekelilingnya. Kami dah bersama sejak setahun lebih, saya boleh nampak kualiti dalam diri dia dan macam mana dia menjaga ibu dia.

“Jarang tengok seorang anak lelaki yang sangat menjaga ibunya dengan baik, sebab tu saya rasa dia boleh menjaga saya dengan baik sebab dia menjaga ibunya dengan baik,” ujar Diana di dalam video itu lagi.

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah buat pasangan Mas dan Diana di atas perkongsian #roadtohalal tersebut.

Can’t wait for the wedding of the year, happy for you guys. #MHKXNDN,” ujar seorang ahli keluarga Mas.

“Tahniah Maskhan, semoga kekal ke jannah dan ke anak cucu dan semoga Maskhan berjaya di dunia dan akhirat,” kata seorang wargamaya.

“Mashallah, i cried watching this, so touching. Congrats to Maskhan dan Diana,” komen seorang wargamaya.

Road to pelamin insya-Allah. Congratulations Mas dan Diana. Semoga dipermudahkan segala,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 60,000 tontonan daripada pengikutnya.