Penyanyi Rohana Jalil, 60, menjelaskan dia tidak mahu menyertai pertandingan Gegar Vaganza kerana faktor usia.

Menerusi laporan HLive!, Rohana lebih selesa untuk hadir ke konsert mingguan pertandingan tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang menyertainya.

"Saya merasakan umur saya sekarang yang sudah mencecah 'six series' sudah tidak sesuai lagi untuk menyertai pertandingan sebegini tambahan pula saya sudah bergelar seorang Hajjah.

"Kadang-kadang, apabila saya terlalu kerap pergi menonton pun ada pihak yang mengecam," kata Rohana.

Selain itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Rayuanku ini mengesahkan dia pernah menerima tawaran untuk menghadiri ujibakat program nyanyian tersebut pada tahun 2016 namun membuat keputusan untuk tidak menyertainya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).