Pelakon dan penyanyi, Roslan Shah memberi nasihat pada netizen yang mengutuk tindakan seorang lelaki bergelar datuk yang berjoget bersama seorang penyanyi.
Ujarnya, semua manusia mempunyai pandangan berbeza apabila melihat aksi warga emas itu menarik dalam satu video yang menjadi viral di media sosial.
Bagaimanapun, dia memberi nasihat agar netizen tidak melemparkan kata-kata negatif pada atok tersebut.
"Semua manusia akan mati termasuk diri cik lan....tak kira muda atau tua....janganlah menyumpah dan kecam atok ini ...kita akan mati suatu hari nanti yang masih hidup kita tidak tahu apa akan berlaku di dalam kubur nanti kerana Mati itu sudah pasti dan Itu antara Allah dan kita saja yang akan tahu apabila kita di alam bazaar kubur nanti.
" Kita pun tak tahu Atok ini amalan solat dia lebih baik daripada kita pun tak pasti...Bagi cik lan kita doakan yang baik baik saja ya insyallah hati kita bersih dan positive kepada sesiapa saja," katanya menerusi akaun Instagramnya.
Roslan mahhu netizen berfikir semula sama ada tindakan menyumpah sesama manusia adakah terlalu baik atau jahat.
"Allah saja yang boleh menilakan niat nawaitu kita saja...Manusia boleh cakap apa saja...syurga atau neraka Allah yang menentukan....yang penting amalan kita di dunia kena sempurnakan dulu sebelum kita nak sempurnakan orang lain," katanya.
Dia memuat naik video atok itu kelmarin ketika menjadi pengacara majlis dalam satu persembahan di Singapura.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat