Penyanyi Indonesia terkenal Rossa mendedahkan dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat lakonan aktres Anna Jobling menerusi video muzik terbaharunya iaitu Bertengkar Manis.

Menerusi video muzik lagu terbaharu Rossa itu, Anna bergandingan dengan pelakon Indonesia terkenal iaitu Omar Daniel.

“Menangis terharu sendiri lihat lakonannya Anna Jobling dan Omar Daniel di muzik video Bertengkar Manis,” kata Rossa.

Rossa memuat naik video di TikTok memperlihatkan dia menangis ketika melihat Anna dan Omar sedang berlakon untuk video muziknya.

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Hey Ladies itu turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melancarkan video muzik terbaharunya itu.

“Tak sabar nak lancarkan buat anda semua,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen turut berasa teruja dan tidak menyangka Anna bekerjasama dengan Omar yang dianggap satu gandingan sangat menarik.

BACA SINI: Anna Jobling Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Meerqeen