Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”
Maliah Surip
19/07/2024 11:55 MYT
19/07/2024 11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.
Bukan kerana seperti ‘menjemput ajal’, Rossa sebaliknya seorang individu yang sentiasa memikirkan tentang kemungkinan yang terjadi pada masa hadapan terutama terhadap keluarga.
Menurut pelantun Hati Yang Kau Sakiti ini lagi, dia juga tidak mahu anggota keluarga terutama ibu bapa, adik beradik dan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan hidup susah setelah dirinya meninggal dunia.
“Saya sudah persiapkan wasiat buat semua keluarga terdekat malah sentiasa memperbaharui wasiat tersebut.
“Saya tidak mahu jika misalnya esok lusa saya sudah tiada, kehidupan mereka jadi susah,” ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.
Mantan isteri pemain drum Padi, Yoyo ini juga mendedahkan membuat tabungan untuk ahli keluarganya.
Kata Rossa, untuk dirinya sendiri dia menyediakan tabungan sesuai dapat menampung kehidupan ibu dan bapanya yang tidak lagi bekerja dan sudah tua.
“Saya ada tabungan sekurangnya cukup untuk kehidupan ibu dan bapa yang sudah tua dan tidak bekerja.
“Saya juga siapkan tabungan untuk pembantu di rumah kerana mereka juga ada keluarga dan anak-anak.
“Sekurang-kurangnya saya sediakan insurans supaya mereka nanti pada masa depan tidak susah,” katanya lagi.