Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rossa Terjemah Perjalanan Seni Menerusi Filem Dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years, Bakal Tayang Di Malaysia September Ini!

Umirah Halim
31/07/2024 14:55 MYT
Penyanyi popular, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa teruja apabila dapat menghasilkan filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’ setelah lebih 2 dekad berkecimpung dalam dunia seni.

Bakal tayang September depan

Filem yang mengisahkan tentang perjalanan karier seni Rossa sebagai diva terunggul Indonesia itu juga bakal menerjah pawagam Malaysia pada September depan.



BERITA TRENDING: Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”

BERITA TRENDING: Kemunculan Datuk Seri Rossa dalam POV Aizat Saha Raih Perhatian Netize

“Hari ini luar biasa, semua rakan-rakan selebriti saya hadir di Plaza Indonesia ini walaupun sibuk. Buat pertama kali mereka akan menyaksikan filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years saya.

“Teman-teman saya di Malaysia tunggu kehadiran filem saya Septemper ini,”katanya usai tayangan perdana filem dokumentari tersebut.

Antara selebriti seberang yang turut hadir pada malam tayangan perdana itu termasuklah Krisdayanti, Afgan, Cakra Khan, Nia Ramadhani, Rizky Febian dan Mahalini.

BERITA TRENDING: Rasa Dah Tidak Releven, Rossa Dedah Pernah Mahu Bersara, Jual Aset & Pindah Negara

BERITA TRENDING: Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

Sekadar info, All Access To Rossa 25 Shining Years merungkai liku pahit manis perjalanan seni sedari awal penglibatan tahun 1996 menerusi debut Nada-Nada Cinta dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos ini.

Selain menjadi bintang utama, Rossa juga turut menjadi produser eksekutif bersama Irwan D. Mussry, P. Intan Sari, Yahni Damayanti, serta Prilly Latuconsina.

#Dokumentari #Rossa #Malaysia #September #Tayang #shining years
;