,
Laman Utama

Rotan Anak Gagal Jawab Soalan Matematik, Peniaga Nasi Lemak Didenda RM10,000

Gempak
24/10/2023
11:10 MYT
Seorang bapa tiri yang juga peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana memukul anak tirinya yang berusia enam tahun dengan rotan sehingga cedera, ekoran gagal menjawab soalan Matematik.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu, selepas lelaki berumur 38 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun tanpa cagaran terhadap tertuduh, selain menjalani khidmat kaunseling keibubapaan yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam untuk disempurnakan dalam tempoh enam bulan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya yang berkahwin pada 2020 berniaga nasi lemak dan mangsa akan bangun seawal 5 pagi, setiap hari untuk membantu ibu dan bapanya mengelap telur, menyusun barang dan menutup lauk.
Kanak-kanak lelaki itu kemudian membuat kerja sekolah dan tertuduh memarahi mangsa lalu merotannya kerana tidak boleh menjawab soalan Matematik.
Mangsa memberitahu guru di sekolah bahawa dia dipukul ayahnya dan beberapa pegawai JKM membawa mangsa berjumpa doktor, dan mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan soft tissue injury over posterior left knee dan posteriour right cart yang berpunca daripada rotan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan memukulnya menggunakan rotan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal di sebuah rumah di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini, pada 6 pagi, 23 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan ibu bapa lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
"Gelaran ayah bukan lesen untuk memukul mangsa bagi tujuan mendisiplinkan anak dan hanya kerana tidak boleh menjawab soalan matematik, mangsa tidak sepatutnya dipukul seperti itu. Mangsa memerlukan kasih sayang seorang ayah kerana ayah kandung dan ibunya telah bercerai," katanya.
Peguam Arik Zakri Abdul Kadir mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya menanggung keluarga dan isterinya yang mengandung empat bulan, selain telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. -BERNAMA-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.