Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ruhainies Banyak Berdiam, Kerja Macam Biasa" - Kawan Baik

Amri Hassan
18/03/2024 21:00 MYT
Dua sahabat baik Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar dan Fyzal memaklumkan pelakon wanita itu berada dalam keadaan baik selepas kontroversi didakwa berkhalwat dengan Aliff Aziz baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Kertas Siasatan Ruhainies, Aliff Aziz Sudah Diserahkan Kepada Pihak Pendakwaan

Bercakap kepada media pada Isnin, Zahar memberitahu Ruhainies lebih banyak mendiamkan diri.

Justeru, dia menasihati pelakon itu agar tidak membaca komen-komen netizen di media sosial.

"Keadaan dia baik-baik sahaja dia masih bekerja seperti biasa. Tetapi dia kini lebih banyak berdiam.

"Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

"Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: "Tak Nak Bisnes Orang Lain Terkesan" - Ruhainies Tarik Diri Dari StarVendors Mega Raya KLCC

Malah, pihaknya percaya Ruhainies tidak melakukan perkara tidak senonoh seperti yang didakwa sebelum ini.

"Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.

"Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan," tambahnya.

BERITA TRENDING: Tak Sokong Kelakuan Buruk & Kontroversi, Jenama Popular Ini Kaburkan Iklan Ada Wajah Ruhainies?

Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota, pada 8 Mac lalu.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu.

Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Sumber: OhBulan
Foto; Berita Harian
#Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Ruhainies #Khalwat #Kawan Baik #Zahar
;