Laman Utama

Ruhainies Tak Risau Kekasih Kena Kebas, Percaya Aturan Allah! - "Mak Tak Bagi Kahwin Tahun ..."

gempak
Zulaikha Yusof
14/03/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Tak Risau Kekasih Kena Kebas, Percaya Aturan Allah! - "Mak Tak Bagi Kahwin Tahun ..."
Pelakon Ruhainies, 29, menyatakan dia belum merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr E dalam masa terdekat.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia kini sibuk dengan penggambaran drama sehingga hujung tahun ini.
"Saya belum ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab saya sibuk dengan penggambaran drama sehingga penghujung tahun ini.
"Seperti semua maklum, banyak kerja tertangguh akibat Covid-19. Jadi, apabila sudah dibenarkan menjalani penggambaran, jadual kerja saya padat. Lagipun mak saya tak bagi kahwin tahun yang sama dengan Risteena," katanya kepada Gempak.
Ruhainies ditemui ketika majlis resepsi Isa dan Risteena yang diadakan di Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada malam, Jumaat.
Sementara itu, pelakon drama Hello, Mr. Perfect! akui tidak pernah timbul perasaan risau walau sudah empat tahun menyulam cinta kerana dia percaya dengan aturan Allah.
Katanya lagi, sekiranya mereka akan bertunang dahulu, dia memilih untuk tidak diikat dalam tempoh lama.
"Ada la perancangan nak kahwin, kami pun dah masuk tahun keempat. Bertubi-tubi soalan itu datang selepas Risteena kahwin. Saya berserah kepada aturan Allah.
"Bagi saya, kalau itu jodoh saya, maka dia akan menjadi jodoh saya sampai bila-bila. Jadi, saya tak risau kalau orang kata, menunggu terlalu lama berisiko untuk kekasih disambar orang.
"Setakat ini, kami tak ada rancang mengenai pertunangan. Tapi, saya tak suka kalau nak bertunang dalam tempoh yang lama. Mungkin paling lama pun, seminggu sebelum bernikah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024