Seorang perompak bertopeng telah memecah masuk kediaman mewah bintang bola sepak tersohor David Beckham ketika semuanya sedang nyenyak tidur pada Isnin lalu.
David, 46, Victoria, 47, dan anak mereka, Harper, 10, tidak menyedari kejadian yang berlaku di salah sebuah bilik di tingkat atas kediaman mereka di Holland Park, London.
Bagaimanapun, kejadian hanya disedari apabila anak lelakinya, Cruz pulang ke rumah pada lewat malam bersama temannya yang ketika itu melihat bilik berkenaan bersepah dan cermin tingkap telah dipecahkan.
Cruz, 17, kemudiannya memaklumkan kepada David sebelum menghubungi talian kecemasan.
"Sangat menyedihkan apabila keluarga Beckham menjadi mangsa dalam kejadian rompakan terancang di kawasan terbabit.
"Mereka bernasib baik kerana penjenayah itu hanya memasuki salah satu bilik tidur sebelum mereka melarikan diri," kongsi sumber terdekat keluarga itu kepada media antarabangsa.
Perompak telah berjaya melarikan pakaian berjenama, aksesori dan barangan elektrik yang bernilai ribuan ringgit.
Pada malam sama, dua lagi rumah berhampiran mereka telah dipecah masuk.
David, Victoria dan dua anaknya itu telah meluangkan masa di kediaman yang menempatkan tujuh buah bilik tidur yang dibeli dengan harga 31 juta Euro (RM144 juta) pada tahun 2013.
Mereka telah membelanjakan lebih 7 juta Euro (RM37 juta) untuk pengubahsuaian menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman popular Rose Uniacke.
Kediaman itu dilengkapi dengan dua dressing room, runway gaya catwalk, playroom, gimnasium, ruang spa, bilik ala-ala salun dan tempat letak kereta bawah tanah.
Sehingga kini tiada tangkapan dibuat.
Sumber & Foto: Mail Online, The Sun
Amri Hassan
Thu Mar 31 2022
Kediaman Anak Amir UK’s Terbakar, Tanggung Kerugian RM200,000 - “Api Merebak Ke Bilik Sebelah Dan Meletup”
Kediaman dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir mengalami kebakaran pada malam Sabtu minggu lalu.
Mengenang Nakba: 76 Tahun Berlalu, Rakyat Palestin Terus Derita
Al-Nakba ialah perkataan Arab yang membawa maksud 'malapetaka besar'.
Pasukan Keselamatan Negara Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Gerombolan Pelampau, Ganggu Keamanan
Pasukan keselamatan negara akan mengambil tindakan keras terhadap gerombolan yang menggangu gugat kententeraman dan keamanan negara ini.
PM Umum Kerajaan Laksana Penyasaran Subsidi Diesel Di Semenanjung Sekitar RM4 Bilion
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel dengan jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel dengan jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangk
#Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin Netizen Terhibur
Kreativiti merupakan antara faktor yang paling penting dalam mempromosikan sesuatu produk. Dalam satu hantaran di aplikasi X, satu jenama deodoran berjaya mencuit hati warganet apabila hashtag yang digunakan untuk setiap produk mempunyai elemen lawak berkaitan ketiak.
“Dengan Pengorbanan Akan Datangkan Kemanisan” - Saharul Ridzwan
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi momen terakhir dia membersihkan rumahnya di Cyberjaya yang bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
Sering Dituduh Tidak Lantang Bersuara, Meerqeen Akhirnya Muat Naik Hantaran Tentang Palestin
Seringkali dipetik nama oleh netizen antara selebriti yang tidak lantang bersuara tentang isu Palestin, pelakon kacak, Meerqeen akhirnya memuat naik posting berkenaan konflik tersebut di Instagram Storiesnya.
Lebih 400 Juta Kos Untuk Filem Furiosa! Pengarah, George Miller Dedah… | Eat, Movie, Repeat [Interview]
George Miller mendalami setiap aspects pembikinan Filem Furiosa! Interview Daniel Cheang dengan George Miller
GMW: Eat, Movie, Repeat
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Saksikan #GempakMostWanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro GO dan sooka.
#EatMovieRepeat
#GMWEatMovieRepeat
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
GMW: Eat, Movie, Repeat
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Saksikan #GempakMostWanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro GO dan sooka.
#EatMovieRepeat
#GMWEatMovieRepeat
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.
Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara
Seorang maut dan beberapa orang lagi cedera dalam sebuah penerbangan Singapore Airlines dari London yang dilanda gelora udara.