Laman Utama

Rupanya, Suka Salahkan Orang Lain Boleh Jadi Punca Diri Tak Pernah Bahagia…

gempak
Izwan Isa
06/04/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
Rupanya, Suka Salahkan Orang Lain Boleh Jadi Punca Diri Tak Pernah Bahagia…
Kebahagiaan mungkin terdengar seperti sesuatu yang sederhana, namun untuk mencapainya, ia bukanlah satu hal yang mudah. Terutama dalam budaya kita, kebahagiaan sering kali dianggap sebagai satu pencapaian dan kejayaan.
Selain itu, Pakar Psikoterapi Kognitif dan Kebimbangan Niro Feliciano mendedahkan, kebahagiaan yang sama dengan perkara di atas sangat susah untuk dikekalkan kerana sifatnya yang tidak konsisten.
Tetapi sebaliknya, Feliciano berpendapat bahawa terdapat kebahagiaan yang bukan berdasarkan keuntungan atau pencapaian iaitu ganjaran atau kepuasan. Maksudnya, kita boleh berpuas hati hanya dengan memahami siapa kita, di mana kita berada, dan apa yang kita miliki boleh menjadi jalan menuju kebahagiaan.
Kini berdasarkan pengalamannya, Feliciano menyimpulkan bahawa terdapat empat sebab mengapakah seseorang sukar untuk berasa gembira:
Sering membanding-bandingkan Sukar rasanya untuk berasa puas dengan kehidupan jika kita terus membandingkan hidup kita dengan pengalaman orang lain. Apatah lagi hampir semua orang membandingkan dirinya dengan orang yang telah mencapai kejayaan yang lebih tinggi dari dirinya, bukan membandingkan dengan yang berada di bawah.
Menurut Feliciano, proses membanding-bandingkan ini akan menghasilkan rasa kurang puas dan bahagia. Namun, Feliciano mengatakan bahawa saat mereka yang gemar membandingkan itu sedar bahawa ada yang hidup lebih susah, mereka mulai berfikir lebih positif. Lama-kelamaan, mereka akan berasa hidup mereka unik dan berharga.
Tidak bertanggung jawab dan menyalahkan orang lain Mereka yang sukar bertanggungjawab akan sulit menjalin hubungan dengan orang lain, terutama hubungan dekat yang penuh cabaran. Mereka seperti ini biasanya tidak sedar kalau ia memacu situasi yang membuat dirinya sendiri berasa tidak bahagia.
Dalam dunianya, mereka selalu berasa semua hal yang terjadi adalah salah orang lain. Perspektif ini yang membuat seseorang kerap berasa tidak berdaya untuk mengubah sisi negatifnya dan akhirnya tidak bahagia.
Tidak mau menerima kenyataan Belajar menerima kenyataan dalam keadaan yang susah boleh menjadi kunci untuk melalui momen tidak diinginkan tanpa terduga. Feliciano berkata, kliennya banyak yang sukar menerima kenyataan dan mengatakan:
“Mengapa ini terjadi pada saya?” “Mengapa saya harus melaluinya?”
Walhal, tak ada jawapan yangs sesuai untuk pertanyaan sedemkian. Untuk itu, Feliciano mengatakan bahwa sebaiknya, kita mengatakan:
“Bagaimana saya boleh melalui ini semua?” atau “Apa yang boleh saya pelajari daripada hal ini?” pada diri sendiri. Bertanyakan pertanyaan itu akan membuat kita lepas daripada rasa negatif dan lebih mudah menerima diri.
Mudah terganggu Banyak orang yang mudah terganggu, sehingga apa yang difikirkan beralih dengan cepat dan terus berganti dengan hal lain. Perkara sebegini boleh menyebabkan berlakunya kecemasan, turunnya produktiviti, dan keletihan.
Bahkan, gangguan terus menerus juga boleh menjadikan seseorang sukar meraih kebahagiaan. Selain itu, fikiran seperti: “Saya akan bahagia ketika...” juga merupakan satu gangguan. Jadi, sebaiknya boleh mula fokus perhatian pada hal yang ada di depan mata kita.
Kredit foto: Usman Yousaf (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live