HIBURAN
Ryan Bakery Beri Teguran, Hati- Hati & Jaga Percakapan - “Buat Salah Minta Maaf Dengan Ikhlas Bukan Bersahaja”
Personaliti media sosial, Ryan Bakery berpendapat setiap pencipta kandungan atau pempengaruh seharusnya berhati-hati dan menjaga sensitiviti sebelum memuat naik konten yang dihasilkan.
Ambil pengajaran
Menurut Ryan, sebagai seorang pempengaruh, dia juga mengambil iktibar atas isu hangat melibatkan seorang personaliti media sosial dan juga pelakon itu sebagai satu pengajaran.“Jadi kena lebih berhati-hati. Saya ambil iktibar dekat sini supaya apa yang berlaku ini kita jadikan pengajaran.“Perkara ini saya ambil sebagai pengajaran sebenarnya. Saya risau juga bila jadi perkara sebegini, kami yang berjuang untuk naikkan konten, nak bagi orang nampak yang pencipta kandungan ini sebagai satu kerja pun terpalit, terkena tempiasnya.
“Yang elok kita ambil yang tak elok jangan sebab benda ini sangat berbahaya lagi-lagi orang macam kami,” tegasnya.
Ryan berkata demikian ketika ditemu bual Gempak selepas sesi photoshoot pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Loghat Perak, Saya Kata Minum Aje Ler” - Ryan Bakery Nafi Panggil Anak Gila, Ramai Salah Faham Sebab Sebutan Laju
ARTIKEL BERKAITAN:“Hanya Lakonkan Ragam Masyarakat” - Video Jaga Kaunter Hospital Undang Kemarahan, Ini Respon Ryan Bakery
Hati-hati buat konten, jaga percakapan
Dalam pada itu, Ryan juga menasihatkan untuk menjaga adab dalam membuat sebarang konten terutamanya dari segi percakapan.“Kita sekarang ini hidup di zaman media sosial. Apa yang mereka lihat, itulah yang mereka akan nilai. Jadi kita kena berjaga jaga dari segi percakapan sama juga dalam membuat konten.
“Kita kena tahu macam mana kita nak ambil hati orang semua sebab kita memang kerja dalam bidang ini yang terdedah dengan publik. Yang penting jaga diri, jaga semua. Insya-Allah okay,” ujarnya.“Seperti juga saya, kadang-kadang saya pun ada buat kesilapan tapi kita kena minta maaf. Kita tahu apa kesalahan kita, apa kelemahan kita, kita minta maaf, “Tapi minta maaf dengan seikhlasnya, janganlah kita minta maaf dengan bersahaja, ramai orang yang akan lihat.
Terdahulu, Ellie Suriaty telah mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard.
ARTIKEL BERKAITAN:Sajat Nasihat Imran Bard Mohon Maaf kepada Ellie Suriaty - “Benda Remeh-Temeh Ini Tidak Perlulah...”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jadi, Saya Kena Buat Apa?” - Imran Bard Jawab Isu Ellie Suriaty, Dedah Ibu Sedang Dirawat di Hospital
ARTIKEL BERKAITAN:Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
Imran didakwa mencemarkan nama baik Ellie dengan mengaitkannya dengan penyalahgunaan dadah menerusi sebuah video parodi.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu dalam masa terdekat.
Saksikan video penuh temu bual Gempak bersama pemenang kategori Digital Content Creator (Entertainment) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24), Ryan Bakery di atas.
Must-Watch Video