Penyanyi dan usahawan kosmetik Safiey Ilias berjanji tidak akan keluar dari agama Islam.

Katanya, biarpun dikecam hebat dan berdepan dengan gangguan bipolar serta depresi, Safiey tetap dengan akidahnya sebagai umat Islam.

"Tak apalah sayang semua, ratu depresi ke, bipolar ke, bedah ke, gila ke, kena kecam ke, kena macam-macam ujian, insya-Allah tak akan ratu keluar agama.

"Iman naik dan turun, mungkin hari ini aku yang paling jahat, tapi esok lusa kita tak tahu. Allah nak bolak-balik hati seseorang sekejap saja," katanya.

Mengambil iktibar daripada penghijrahan selebriti, nasihat Safiey lagi agar tidak terlalu cepat menghukum dan hormati sesama manusia.

"Tengok je artis-artis seksi yang korang keji maki dulu, mungkin sekarang sudah bertudung berpurdah. Tapi kau yang kutuk dulu tu, kau jadi apa sekarang?

"Tolong hormati orang yang sedang diuji. Kau yang tak diuji patut bersyukur, atau kau kena banyak istighfar sebab Allah uji sebab sayang.

"Tak ada ujian yang ratu cakap Allah tak sayang kau marah, tapi kau jadi ustazah dan hakim macam Tuhan kau tak fikir pula.

"Hujung-hujung jangan berhenti buat kebaikan selagi kita orang Islam. Sebab nanti ada satu kebaikan kita yang Allah suka dan bagi hidayah. Kita pun tak tahu amalan yang mana," tambah Safiey.



Terdahulu, kecoh apabila penyanyi dan juga usahawan kosmetik Nur Sajat mengugut untuk keluar dari Islam apabila tidak henti-henti mendapat kecaman dari netizen.

Tindakan Sajat itu mengundang rasa marah dan kurang senang dalam kalangan netizen.