HIBURAN
Saidah Kamaruddin Dakwa Bekas Tunang Godam Akaun TikTok - “Saya Simpan Sahaja AIb Awak”
Pelakon, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa marah apabila mendakwa bekas tunangnya telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saidah atau nama sebenarnya, Nur Saidah Kamaruddin, 28, berkata tahap kesabarannya semakin menipis apabila bekas tunang tersebut turut didakwa menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
“Saya simpan sahaja aib awak, saya senyap dan tidak bercakap apa-apa. Sanggup awak godam TikTok saya dan ‘DM’ kawan-kawan saya. Awak jangan cabar saya,” tulisnya.
Dalam video tersebut, aktres itu juga turut meluahkan rasa tertekan apabila mendakwa kehidupannya sering diganggu oleh bekas tunang sehingga menjejaskan ketenangan dirinya.
“Pov: bila kau cuba untuk hidup tenang tapi ex tunang masih kacau hidup kau,” katanya.
Sekadar info, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.