gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Diminta Laporan Kesihatan Mental, Blake Lively Gugur Saman Kepada Justin Baldoni
HIBURAN
Sheila On 7, Nadin Amizah, DOLLA & Bunkface Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Malaysia 2025
HIBURAN
Maxime Bouttier Beri Luna Maya Syarat, Baru Jumpa 5 Kali Lepas Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ikatan Pertunangan Bertahan 5 Bulan, Hubungan Muntazar Ghufran & Saidah Kamarudin Berakhir - “Alhamdulillah, Kami Putus Dengan…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/03/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Ikatan Pertunangan Bertahan 5 Bulan, Hubungan Muntazar Ghufran & Saidah Kamarudin Berakhir - “Alhamdulillah, Kami Putus Dengan…”
Pelakon Muntazar Ghufran memaklumkan hubungannya dengan aktres Saidah Kamarudin sudah berakhir apabila mereka sepakat untuk memutuskan tali pertunangan yang sudah diikat selama lima bulan.

Keputusan berpisah

Muntazar atau Muhammad Muntazar Gufran, 22, berkata dia dan pelakon berusia 29 tahun itu, mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.

"Saya nak beritahu bahawa saya dan Nur Saidah Syahira sudah putus tunang pada bulan 10 yang lepas.

"Dengan ini saya harap orang ramai menghormati dan tak ada orang bertanya mengenai ini," katanya menerusi video yang dimuat naik TikTok miliknya.

Punca perpisahan

Dalam pada itu, Muntazar memberitahu dia dan Saidah, sepakat untuk mengakhiri hubungan mereka secara baik.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan mereka namun berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

"Alhamdulillah kami putus dengan keadaan yang baik. Doakan saya dan Saidah semoga kami menuju ke haluan masing-masing.

"Sebab saya tahu kami sama-sama sudah besar dan matang. Doakan kami terus kuat dan berjaya dunia akhirat," kongsinya.
Untuk rekod, Muntazar dan Saidah mengikat tali pertunangan pada 5 Mei 2024 selepas berkenalan lebih setahun.
Mereka juga merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Pertunangan
#artis Tunang
#Muntazar Ghufran
#Muntazar Saidah
#Saidah Kamaruddin
Must-Watch Video