HIBURAN
Dikatakan Mirip Khairul Aming, Wajah Tunang Isha Norsham Curi Perhatian Warganet - “Baru Nak Heart Broken…”
Foto pertunangan pengacara dan penyampai radio ERA, Isha Norsham bersama tunangnya berjaya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram Gempak, ramai warganet menyangka jejaka berkenaan adalah pempengaruh popular, Khairul Aming.
Rata-rata komen netizen menyatakan kekeliruan mereka kerana wajah tunang Isha dikatakan seiras dengan Khairul Aming.
“Ingatkan KA tadi tau.
“Macam dia tapi bukan.
“Hahaha ingat Khairul Aming. Tgk kali kedua baru nampak lain.
“Ingat KA weyg😂.
“Terkejut sekali tengon mcm KA.
“KA???
“Ingat KA,” komen netizen.
Terdahulu, Isha atau nama lengkapnya Nurul Farisha Norsham, 29, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Isha anggun dalam busana putih dan merah jambu rekaan Haszhishaam menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Bakal ibu mentuanya turut menyerahkan sejambak bunga orkid sebagai tanda sambutan ahli keluarga baharu.
Difahamkan, pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada Oktober nanti.
Must-Watch Video