Laman Utama

Sajat Larikan Diri, Polis Sedia Bantu JAIS

gempak
Syafiqah Jalal
02/03/2021
03:41 MYT
Sponsor Banner
Sajat Larikan Diri, Polis Sedia Bantu JAIS
Pihak polis sedia membantu pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang telah melarikan diri.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Kita sedia bantu,” katanya ringkas.
JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.
Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.
Malah, penyanyi lagu Bobo Dimana itu juga sempat memuat naik beberapa posting berbaur sindiran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024