Laman Utama
“Sajat Nak Murtad Salah Siapa?”- Ini Nasihat PU Syed
Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri memberi respon mengenai isu jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, yang didakwa mahu murtad dari agam Islam.
Menurut PU Syed, dalam isu tersebut Sajat tidak sepatutnya menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya cuba memperbetulkan dirinya.
“Sajat nak murtad salah siapa?
“Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapanya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?
“Ambe (Saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari, semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya,” katanya.
PU Syed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Baru-baru ini Sajat meluahkan hasratnya untuk keluar dari agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Nasihat PU Syed, ajat perlu insaf dan kembali kepada fitrah sebenarnya.
“Murtad bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang Sajat hadapi…Bahkan ia menambah parah dalam diri Sajat.
“Kembalilah kepada firah…bertaubat kepada Allah, Allah Maha Penerima Taubat,” katanya lagi.
Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Muhammad Sajjad, 36, didakwa atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selepas pengakuan direkodkan, Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000.
Must-Watch Video